Kerjaya Sharifah Sakinah

Beliau mula dikenali menerusi sitkom Hotel Mania (2010) dan kemudian menempa nama apabila muncul dalam beberapa siri komedi pada tahun 2013-2014 iaitu Bimbi & Bonnie, Havoc Warna dan Yem Rempit. Beliau memenangi gelaran Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada tahun 2014. Pada tahun itu juga, beliau telah membintangi telefilem Racun Menantu arahan Michael Ang yang memberi kesan terhadap penonton. Dalam pada itu beliau juga turut berlakon dalam telefilem Kubur Berdarah pada 2015. Rata-rata memuji lakonan beliau. Beliau sering melakonkan watak-watak mencabar yang lain dalam drama lakonannya. Beliau diterima baik sebagai pelakon membawa watak psiko yang berat, komedi mahupun antagonis.[1]

Rujukan

WikiPedia: Sharifah Sakinah http://www.imdb.com/name/nm4856520/ http://www.myartis.com/2014/10/20-gambar-majlis-tu... http://www.bharian.com.my/node/43912 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... https://www.instagram.com/sharifah_sakinah/?hl=en https://www.bharian.com.my/node/138895 https://www.bharian.com.my/node/32716 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/231989/...